mencari cinta sejati

cinta sejati yang sekian lamanya terpendam dihati...

aku akan bersama kamu...
aku akan tetap disisi kamu, jujur and benar...
sehingga akhir hayat ku...
aku akan mencintai kamu...
sepanjang siang dan malam...
aku bersyukur pada Allah kerana membuka mata ku...

sekarang dan selamanya aku akan di sini bersama kamu...


Sunday, October 3, 2010

hari pertama bekerjaya...

assalamualaikum... hari ni sesuatu yang baru dalam hidup aku... secara rasminya aku bekerjaya... ada jugak rasa bangga dengan diri sendiri... apa tak nyer... penat usaha aku akhirnya dapat jugak kerja dengan petronas... tak kisah lah setakat technician pun... mana tau kot lepas ni rezeki aku boleh pergi lebih jauh... janji usaha... aku percaya ini lah rezeki aku untuk family... datang jauh bawa harapan family... parents mana lah tak bangga anak deorang dapat kerja dengan petronas... itulah yang aku dapat lihat riak wajah orang tua aku... harapan yang mereka letak pada aku masa hantar aku lapor diri di instep setahun yang lepas... sesungguhnya apa yang mereka telah lakukan untuk aku teramatlah aku hargai... terasa kasih sayang mereka untuk aku... abah, emak... anak mu terharu dengan curahan kasih sayang abah dengan emak... 

dan untuk seseorang yang aku cintai, inilah hari yang aku tunggu sejak 7 tahun lalu... hari di mana aku mencintai diri kamu...

Saturday, October 2, 2010

tujuh tahun yang lalu...

hari esok merupakan hari yang aku nantikan sejak tujuh tahun yang lalu.. hari di mana aku secara rasminya memiliki kerjaya... kerjaya yang aku tunggu untuk aku bersedia melamar seorang gadis yang aku cintai... cinta yang aku pendam sejak di alam persekolahan... seorang gadis yang terlalu istimewa itu telah mencuri pandangan pertama aku untuk aku jatuh cinta padanya... tidak aku sangka pandangan pertama aku pada dia membuatkan aku jatuh cinta hari itu... sejak hari itu yang bertarikh 05 febuari 2003, aku mencintai seorang gadis sepenuh hati aku, cinta pandang pertama... dan hari ini 02 november 2010, aku masih mencintai gadis itu... aku tetap mencintai gadis itu... dan aku akan terus mencintai gadis itu... 




kepada gadis itu, aku ingin katakan pada awak bahawa aku terlalu mencintai awak...